Bismillah..
Pada berapa haribulan ntah dalam bulan Ramadhan, satu forum khas bertajuk Rock Sampai ke Syurga telah diadakan di MMU yang berhadapan dengan rumah jia. Alhamdulillah, a good opportunity yang memang x sanggup jia lepaskan! Sanggup berkejar-kejar lepas abes kelas naik shuttle dengan harapan dapat tempat duduk depan skali dalam majlis ilmu tu.
Reason utama jia excited sgt nak pergi dengar forum tu, well fokus utama ilmu lah kan. Fokus kedua adalah sebabb panelss dia yg sgtlah ohsemm! ada sham kamikaze, (2nd time dapat jumpa dia lepas dengar ceramah dia dekat Shah Alam yg bertitlekan ‘ Di mana Cinta Kita’), ada ustaz fauzi yang selalu appear dalam rancangan al-kuliyyah tu(kalo korang tgk la) sebaga moderator and yg paling mashaAllah sekali.. Imam Muda Asyraf. (T__T)
So, forum yang diadakan bebrapa jam before iftar perdana tu subhanallah bagi jia sgt ohsem. Even x byk masa yg diluangkan utk share2 cerita mereka, tapi pengisian mantopp. Jia tertarik dengan cerita Sham Kamikaze mengenai bagaimana dia berubah. bagaimana sahabat serock dan semetal beliau membuka hatinya untuk berubah. Bermula dari le tour de masjids(jalan2 musafir untuk solat di masjid sekitar beberapa buah negeri) yang dilakukan oleh mereka berdua, ternyata telah membuka hati Sham untuk menerima hidayah Allah.
Benarlah seperti yang dijelaskan oleh Imam Muda Asyraf, ” Barangsiapa yang bersusah- payah pada jalan Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk”. Subhanallah, korang nampak x kaitan cerita Sham nie dengan ayat yang dijelaskan oleh IM Asyraf?? Sham pada dasarnya dikira sebagai orang yang bersusah-payah di jalan Allah sebab dia bermusafir hanya kerana ingin singgah di setiap masjid yang sempat pada setiap waktu solat. Nescaya Allah anugerahkan dia hidayah. Allah buka pintu hati dia.
Diriwayatkan ada satu cerita mengenai Nabi Musa a.s tentang beberapa ahli sihir yang ingin menjatuhkannya . Kononnya mereka ingin mengejek Nabi Musa dengan memakai baju jubah seperti yang dipakai baginda. Kemudian, setelah ahli2 sihir itu kalah kepada Nabi Musa dalam pertarungan di antara hak dan batil, mereka sujud kepadanya dan di saat itu juga mereka mengaku “sesungguhnya aku mengaku Tuhan Nabi Musa itu juga Tuhanku!” Masha Allah. hanya dengan mengikut Nabi Musa memakai baju jubah, Allah telah memberi hidayah kepada mereka setelah Nabi Musa menumpaskan mereka.
Actually, nak berubah mula dari diri sendiri, pertolongan daripada Allah yg paling penting, dan doa dari orang2 sekeliling kita seperti mak ayah n rakan2. InshaAllah, semua tu lagi mudah dari yang kita sangkakan. Bukankah Allah akan bagi hidayah pada orang yang bersusah- payah di jalanNya??
Mungkin kita akan cakap, ”aku dah cuba dah berubahh dah, tapi x kekal lama”. Iskk! korang kena lah cuba develop perasaan pergantungan 100% kepada Allah. not even a single less than 100%. Sebab selagi mana kita tak letak perlindungan 100% kepada Allah, selagi itulah kita gagal buat something yang memang nakkkkkkkkkk sangat kita ubah. Selagi kita buat benda buruk yang kita nakk tinggalkan, MAKSUDnya belum cukup lagi kita percaya yang hanya Allah boleh bantu kita daripada buat benda2 buruk itu. Faham ke?? Secara koklusi ringkasnya, mintaklahh perlindungan daripada Allah 100%!
Jia dulu pun niat je nak berubah, tapi susah. Asyik qadha je. tapi dengan niat tu lah kadang kala benda tu akan jadi kenyataan. Jia start pakai stoking dulu and handsocks bila pakai baju kurung. Bila kawan2 tnya kenapa pakai stoking?? Senang je jawab, ”aku takut kaki aku hitam kena panas”. Bukan niat nak tipu, tapi bila nak berubah nie, takut ada orang mempertikaikan usaha kita. Biarlah Allah je yg tahu. Then, jia start labuhkan tudung smpai ke dada, time nie la paling sukar skali sebab orang dah start panggil ustazah. Tapi jia senyum je n buat lawak skali sambil buat lagak nak bernasyid ke ape ke. Biar nampak santai gitu. Then, Jia niat nak pergi usrah. Niat je.x pergi pon. Tapi tu lah takdir Allah, selang setahun lepas tu, kawan rumah sebelah ajak pergi usrah kat rumah dia, well xkan nak tolak. Jia rasa time tu Allah nak tunjuk jalan dah nie. Alhamdulillah, usrah tu titik tolak yang buat jia join macam2 program macam Global March to Jerusalem(GMJ) and kem Syahadatul Haq di Kuang. Alhamdulillah, lepas bertukar ‘siaran’ dari Hitz.fm ke IKIM.fm, dari hardcore ke nasyid, dari raja lawak ke imam muda nie, rasa tenang yang x dapat digambarkan. Kepada sesiapa yang pernah rasa mcm nie, dia faham laa. Rasa yang macam bila imam muda asyraf tu melamar kita (perasan. dia dah kahwin ok) n rasa macam nak ulang balik proses berubah tu. perasaan tu buat jia rindu.
n oleh sebab tu jia still dalam proses itu.
sebab nak kekalkan feel yg sama.
sebab rasa rindu pada perubahan.
perubahan yang mendekatkan kita pada Maha Pencipta
perubahan yang buat kita dewasa
pertukaran kepada dinasour reptilia yg ganas kepada mamalia yang comel
n perjuangan cinta yang endingnya bukan di Dunia ni, tapi di akhirat nanti.
N last but not least, terima kasih kepada insan yang menjadi source of inspiration dan teman setia jia
dalam melalui tempoh nie. ye, kita berubah sama-sama. moga kita jugak dapat mencapai matlamat yang sama
yang hanya kita je tahu. :’)
Sekian. Jazakallaahu Khairan